KUALA LUMPUR, 1 Dis 23: Kejohanan Boling Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja Ke-71 anjuran 99 RSD telah dilaksanakan di Gurney Bowl, Residensi UTM, Kuala Lumpur. Balingan bola boling pertama telah dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T. Azharan bin T. Putra sebagai simbolik perasmian.
Perlawanan melibatkan sebanyak 4 Tim iaitu Nothern KL, Central KL, Southern KL dan juga Tim BAKAT. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan dari Tim Veteran.
Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan makan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan Boling Sempena HUT Rejimen Semboyan Diraja Ke-71 telah dijuarai oleh Tim Nothern KL dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 3212 mata. Juara keseluruhan membawa pulang piala pusingan dan medal.
Sumber: 99 RSD