KUALA LUMPUR, 27 Nov 23: Mesyuarat Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) Siri 1/2023 telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Mej Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus (Sukarela) di TM Network Intelligence Centre, Cyberjaya, Selangor.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Rangkaian Pelaksanaan dan Operasi TM turut menyempurnakan Acara Pemakaian Pangkat Leftenan Muda ke Leftenan Pegawai Sukarela yang melibatkan 3 Pegawai iaitu Lt M Mohd Norafian bin A Rahman, Lt M Ariff Affendi bin Atan dan Lt M Mazlan bin Mukhtar.
Mesyuarat ini telah membincangkan Perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik serta perkara-perkara baharu bagi memastikan hala tuju pasukan terutama melibatkan anggota sukarela Pakar Telekom dapat dicapai mengikut objektif yang disasarkan.
Turut hadir hadir secara maya ialah Pegawai dan PTT Kanan Sukarela dari Skuadron 561 RSPT(AW), 562 RSPT(AW), 563 RSPT(AW) dan 564 RSPT(AW).
Sumber: 56 RSPT (AW)