2311242
KUCHING, 24 Nov 23: Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama Pegawai Memerintah 72 RSPMT, Lt Kol Abdul Manap bin Hussain, para pegawai dan anggota 72 RSPMT yang beragama islam telah dilaksanakan di perkarangan pasukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran sempena pertubuhan pasukan 72 RSPMT yang telah beroperasi selama 5 tahun. Majlis ini dipimpin oleh Guru Agama Pasukan, Sjn Ustaz Ahmad Fikri bin Zainal Abidin.
Selain itu, bagi pegawai dan anggota pasukan yang beragama Kristian turut mengadakan aktiviti kerohanian sempena HUT Pasukan 72 RSPMT yang ke-5. Aktiviti ini telah di adakan di Gereja Katolik Sacred Heart, Kota Sentosa.
Sumber: 72 RSPMT