KUCHING, 23 Nov 23: Perbarisan HUT 72 RSPMT yang ke-5 telah diadakan di Padang Kawad 72 RSPMT, Kem Penrissen. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 72 RSPMT, Lt Kol Abdul Manap bin Hussain. Di dalam ucapan beliau, beliau menekankan untuk setiap lapisan pegawai dan anggota 72 RSPMT memberikan komitmen dan persembahan yang terbaik dalam setiap pertandingan atau aktiviti yang diceburi serta memberikan satu pencapaian yang bagus sehingga mampu mengharumkan nama pasukan 72 RSPMT.
Seterusnya diadakan pemakaian pangkat pegawai melibatkan Lt M Nur Liyana Hanani binti Mohamad Sulaiman daripada Leftenan Muda kepada Leftenan.
Akhir sekali perbarisan diteruskan dengan pemakaian beret RSD kepada 10 anggota baru yang telah diserapkan ke dalam Kor Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: 72 RSPMT