KUCHING, 24 Nov 23: Pasukan 72 RSPMT telah mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Skuadron Komunikasi Taktikal bertempat di Padang Kawad 72 RSPMT, Kem Penrissen.
Perbarisan yang diketuai oleh Lt M Nur Idzham bin Mohd Noraidi itu menyaksikan Kapt Nadzirul Hanif bin Mohd Nasir menyerahkan tugas kepada Lt Kalaivani A/P Periasamy, disaksikan oleh Pegawai Memerintah 72 RSPMT, Lt Kol Abdul Manap bin Hussain.
Sumber: 72 RSPMT