SUNGAI BULOH, 23 Nov 23: Kelab Thunderstrike 97 Rejimen Semboyan Diraja telah menganjurkan Karnival Sukan Permainan Tradisional bagi Tahun 2023 yang telah dilaksanakan di Sekitar Garaj Tertutup Pasukan. Acara yang dipertandingkan adalah Carrom, Dam Haji, Tuju Tin dan juga Lompat Zero Point.
Pertandingan telah dirasmikan oleh Kol Rozwardi bin Che Lamin, Peg Mem Pasukan antara lain bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan, melahirkan anggota yang bersifat berdaya saing dan membudayakan aktiviti bersukan bagi mengekalkan kecergasan jasmani, mental dan spiritual. Juara keseluruhan Karnival Sukan Permainan Tradisional telah dimenangi oleh Kelab Sunray Rendezvous.
Dalam ucapan, Peg Mem mengingatkan semua peringkat peg dan anggota agar sentiasa mengamalkan 'esprit de corps' di dalam setiap penugasan pasukan agar dapat mencapai misi dan objektif yang telah digariskan.
Sumber: 97 RSD