KUALA LUMPUR, 21 Nov 23: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir merangkap Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat untuk hadir ke Majlis Santapan Malam sempena Hari Ulang Tahun RSD Ke-71 di Wisma Perwira ATM. Turut mencemar duli, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Terdahulu, keberangkatan tiba DYMM disambut oleh Ketua Pegawai Semboyan merangkap Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob.
Santapan telah diserikan dengan persembahan dan nyanyian daripada Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) dan nyanyian Artis Jemputan, Hazwan Haziq Rosebi (Haziq AF).
Seluruh warga RSD merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat memeriahkan Majlis Santapan Malam ini.
Sumber: Jab RSD