BANDAR BARU BANGI, 18 Nov 23: 97 Rejimen Semboyan Diraja telah menganjurkan Kejohanan Golf HUT RSD Ke -71 Tahun 2023 bertempat di Bangi Golf Resort. Seramai 83 pemain terlibat dalam kejohanan kali ini yang turut disertai oleh Pengerusi Kor Rejimen Semboyan Diraja, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra, Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pesara RSD serta Jemputan Rakan Strategik.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan HUT RSD ke-71 yang bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga RSD melalui aktiviti riadah.
Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Kategori Jemputan, Veteran, Wanita, Individu RSD dan Gabungan Pasukan.
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Pengerusi Kor yang telah merakamkan setinggi ucapan penghargaan kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan Kejohanan Golf HUT RSD Ke -71 pada kali ini dengan jayanya.
Sumber: 97 RSD