2311141
SUNGAI BULOH, 14 Nov 23: Perbarisan Ajutan 97 RSD yang disempurnakan oleh Kapt Muhamad Syazwan bin Mohd Johar telah diadakan di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan Rejimental ini adalah bagi memastikan tahap personaliti, kekemasan dan disiplin seorang anggota dititikberatkan di dalam tampuk pemerintahan pasukan.
Perbarisan ini juga merupakan salah satu aktiviti rejimental yang dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan warga 97 RSD.
Sumber: 97 RSD