231114
SUNGAI BESI, 14 Nov 2023: Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja Ke-71 telah dilaksanakan di Surau At-Taqwa, 71 RSDPMB, Kem Perdana Sungai Besi. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Seramai 140 warga RSD di sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada pegawai dan anggota terlibat dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Agama 71 RSDPMB, Mej Dr. Shafarif bin Ghani.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang dilaksanakan bersempena dengan HUT RSD Ke-71.
Sumber: 71 RSDPMB