2311102
SUNGAI BESI, 10 Nov 23: 97 RSD telah melaksanakan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) Komponen 1 dan 3 bermula 9 hingga 10 Nov 23 bertempat di Menara Abseiling/Repailing dan Litar Merentas Halangan 1 RAMD, Kem Perdana Sungai Besi.
UKT ini bertujuan bagi memastikan setiap peringkat anggota pasukan berada dalam keadaan siap siaga selain dapat menguji dan meningkatkan ketahanan mental serta fizikal setiap anggota.
Selain itu, latihan ini juga dapat membina semangat kerjasama dalam kalangan semua peringkat anggota 97 RSD.
Sumber: 97 RSD