KUALA LUMPUR, 9 Nov 23: Ketua Jurulatih Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED), Lt Kol Samsudin bin Ahmad, telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Bahagian Latih yang melibatkan penuntut seramai 24 Pegawai dan 109 LLP. Majlis Penutup diadakan di Padang Kawad Kem Induk dan Bilik Malaysia IKED.
Sebanyak 4 siri kursus yang telah tamat pada kali ini iaitu Kursus Pegawai Semboyan Rejimen (PSR) Siri 4/2023, Kursus Jurulatih Semboyan Rejimen (JSR) Siri 3/2023, Kursus Penyelia Jururadio Rejimen(PJR) Siri 12/2023 dan Kursus Jururadio Rejimen (JRR) Siri 16/2023. Aturcara majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada penuntut dan seterusnya penyampaian anugerah penuntut ketenteraan, akademik dan keseluruhan terbaik.
Bagi Kursus PSR Siri 4/2023, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh Lt Muhammad Zulkhairee bin Azman (3016455), Kursus JSR Siri 2/2023 disandang oleh 1160938 Kpl Mohammad Isa bin Alias, Kursus PJR Siri 12/2023 disandang oleh 1168524 Sjn Ahmad Azhar bin Mansor, dan Kursus JRR Siri 16/2023 telah disandang oleh 1190648 Kpl Mohamad Firdaus bin Mohd Rapi.
Dalam ucapan penutup, Ketua Jurulatih mengucapkan tahniah kepada semua penuntut atas kejayaan menamatkan kursus ini dengan jayanya. Beliau juga menegaskan agar semua penuntut dapat mengamalkan segala ilmu yang dipelajari dengan melaksanakan latihan di pasukan secara individu mahupun kolektif.
Turut hadir adalah Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan, Para Pegawai, Staf dan Jurulatih.
Sumber: IKED