KUCHING: 72 Rejimen Semboyan Pemerintahan Medan Timur telah menganjurkan Kembaraduga dan Program Jiwa Murni di Pantai Pasir Panjang dan Taman Negara Gunung Gading, Lundu, Sarawak. Aktiviti ini telah dilaksanakan mulai 7 hingga 9 Nov 23. Seramai 8 pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat telah menyertai aktiviti tersebut.
Acara bermula dengan konvoi bermotosikal bermula dari Kem Penrissen ke Pantai Pasir Panjang, lokasi bagi Program Jiwa Murni. Aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan persisiran pantai yang menjadi tempat riadah bagi orang awam.
Seterusnya, konvoi diteruskan ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu. Aktiviti yang dijalankan adalah mendaki Gunung Gading, beriadah di air terjun dan Majlis Barbeku. Acara ini turut dihadiri Lt Kol Abdul Manap bin Hussain, Pegawai Memerintah 72 RSPMT dan isteri.
Sumber: 72 RSPMT