KUCHING, 2 Nov 23: 56 RSPT (AW) telah mengadakan Lembaga Kenaikan Pangkat bagi anggota LLP Sukarela Skuadron 564 RSPT (AW) bertempat di Dewan TMTC, Kuching, Sarawak.
Lembaga ini diakhiri dengan sesi temuduga akhir bagi menilai dan mengukur kemampuan anggota dalam mengisi kekosongan organisasi perjawatan anggota sukarela 564 RSPT (AW) serta mengukur tahap sebenar pengetahuan anggota selaras dengan kenaikan pangkat yang akan disandang.
Seterusnya, Penolong Pegawai Memerintah bersama Pengerusi BAKAT 56 RSPT (AW) telah meluangkan masa untuk menziarahi anak anggota Kpl Christopher Joseph ak Jirol yang mengalami komplikasi pernafasan kurang oksigen dalam badan.
Turut terlibat dalam lawatan kebajikan ialah pegawai dan PTT Kanan 56 RSPT (AW). Sesi diakhiri dengan sumbangan cenderahati kepada anggota dan keluarga yang terlibat.
Sumber: 56 RSPT (AW)