2311051
KUALA LUMPUR, 3 Nov 23: Kol Jaafar bin Hj Ibrahim, Komandan Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais Gempur Kilat Siri 1/2023 melibatkan 24 Pegawai dan 109 anggota Lain-lain Pangkat.
Empat kursus lain-lain kor terlibat dalam eksesais ini iaitu Kursus Pegawai Semboyan Rejimen (PSR) Siri 4/2023, Jurulatih Semboyan Rejimen (JSR) Siri 3/2023, Penyelia Jururadio Rejimen (PJR) Siri 12/2023 dan Jururadio Rejimen (JRR) Siri 16/2023.
Konsep eksesais adalah peranan Platun Semboyan dalam aturgerak Batalion Infantri semasa fasa ofensif (mara dan serangan).
Komandan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penuntut kursus atas kegigihan dan kecekalan dalam melaksanakan eksesais serta mengingatkan semua penuntut supaya mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebaik mungkin apabila bertugas di pasukan kelak. Beliau seterusnya melaksanakan acara Menanggalkan Toha Penjawatan sebagai simbolik berakhirnya eksesais.
Turut hadir semasa majlis adalah Ketua - Ketua Cawangan, para pegawai, KSMJ dan barisan jurulatih.
Sumber: IKED