MANTIN, 4 Nov 23: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat untuk hadir ke Acara Menembak Novelti Bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Lapang Sasar Mantin, Negeri Sembilan. Acara ini merupakan anjuran bersama antara RSD dan KJLJD. Turut mencemar duli, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Acara menembak ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Kolonel Yang Dipertua RSD dan KJLJD bersama barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat khususnya RSD dan KJLJD. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Acara Novelti HK Silencer ketegori Lelaki dan Wanita. Acara kemuncak iaitu Grand Finale menyaksikan Tim Pilihan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan muncul sebagai Juara.
Turut hadir adalah Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob, Pengarah KJLJD, Brig Jen Ir. Dr. Hj Shahril bin Hj Ahmad dan isteri Puan Hjh Norita binti Hj Zulkifly, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin dan isteri Puan Amiliana binti Abdullah, Kerabat Diraja Negeri Sembilan serta Pegawai-Pegawai Kanan RSD dan KJLJD yang turut hadir bersama pasangan.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU, DAULAT TUANKU.
Sumber: Jab RSD