231104
KUALA LUMPUR, 2 Nov 23: Ketua Jurulatih Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED), Lt Kol Samsudin bin Ahmad telah menyempurnakan Upacara Penutup Kursus Jurukomunikasi Kelas 2 Siri 27/2023 bertempat di Padang Kawad Induk IKED pada 2 Nov 23.
Kursus 16 minggu ini melibatkan seramai 199 penuntut tamat Latihan Perajurit Muda Siri 196 di PUSASDA 24 Jun lalu.
Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh
Sig Muhammad Haffiz bin Hashimi dari 3 RSD manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Sig Amier Shahzwan bin Azuan dari 4 RSD.
Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penuntut di atas kejayaan menamatkan kursus ini. Beliau juga mengingatkan agar semua penuntut dapat mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan baik di pasukan kelak.
Turut hadir adalah Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai, Staf dan Jurulatih.
Sumber: IKED