KUALA LUMPUR, 30 Okt 23: Seorang Pegawai Kanan dan 2 Pegawai Tugas Khas Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur.
Lt Kol Ts. Mohd Faisal bin Hj Mahidin telah dinaikkan pangkat kepada Kol dan 2 pegawai tugas khas iaitu PW 1 (YoS) Muhd Firdaus dan SSjn Nur Intan Shamimi dinaikkan pangkat kepada Lt M.
Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Semboyan, Kol Rosli bin Maarof serta Pegawai Kanan Tentera Darat.
Syabas dan tahniah daripada warga Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: Jab RSD