MERSING, 28 Okt 23: Sambutan Hari Keluarga 21 SS GK tahun ini bertema Family Funtastic Day telah disambut meriah bertempat di Pantai Tanduo, Kem Iskandar. Majlis dimulakan dengan upacara perasmian oleh Ketua Skuadron, Lt Kol Ts Fandi bin Hamid. Kehadiran melibatkan pegawai dan anggota bersama keluarga masing-masing yang terdiri daripada 147 orang.
Pelbagai aktiviti sukaneka dan acara dilaksanakan melibatkan anak-anak, anggota bujang dan anggota bersama pasangan. Hadiah disampaikan kepada para pemenang bagi sukan yang dipertandingkan manakala hadiah cabutan bertuah turut disediakan untuk memeriahkan lagi suasana. Disamping itu, Sambutan Hari Jadi kepada anak-anak anggota kelahiran bulan September hingga November menjadi kemuncak acara bagi sambutan hari keluarga pada tahun ini.
Objektif utama sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai sokongan keluarga yang memberi komitmen tanpa belah bahagi selaku tulang belakang kepada para suami atau isteri yang sedang berkhidmat sebagai Warga TD, disamping mengeratkan silaturrahim warga 21 SS GK dan keluarga.
Sumber: 21 SS GK