MERSING. Pasukan 21 SS GK telah melaksanakan Latihan Camar Rimau Siri 1/2023 mulai 23 hingga 27 Okt 23 di sekitar Mersing dan Jemaluang. Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran pegawai dan anggota pasukan dalam pengendalian peralatan komunikasi radio Harris termasuk pengoperasian Stesen Rebro, pengendalian satelit X-Band, pengoperasian telefon medan dan pengendalian janakuasa di medan.
Latihan ini melibatkan kerjasama daripada pasukan luar terdiri dari pasukan 7 SSB dan 8 SSB serta penempatan MK Tak Banding dan MK Tak OP PASIR dalam uji cuba frekuensi. Malah latihan ini juga melibatkan pengendalian dan pengoperasian satelit X-Band dengan MK Tak Banding dan MK Tak OP PASIR. Ceramah ancaman Peperangan Elektronik (PE) dan keselamatan siber turut didedahkan dalam latihan ini.
Latihan selama 5 hari ini telah mencapai objektif dan akan diteruskan pada masa akan datang dalam memantapkan kompetensi setiap pegawai dan anggota.
Sumber: 21 SS GK