KUALA LUMPUR, 26 Okt 23: Seramai 15 PTT Kanan Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan di Wisma Transit Kuala Lumpur.
PTD dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pegawai Waran Dua (PW II) yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Satu (PW I) dan berpesan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan agar dapat melaksanakan tugas dalam jawatan disandang disamping memimpin dan menguruskan anggota bawahan
Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Semboyan, Kol Rosli bin Maarof serta Pegawai Kanan Tentera Darat.
Sumber: Jab RSD