SUNGAI BULOH, 25 Okt 23 – Pasukan 97 Rejimen Semboyan Diraja telah mengadakan Karnival Sukan Pasukan bagi Tahun 2023 yang telah dilaksanakan di sekitar Kem Paya Jaras.
Acara sukan yang dipertandingkan adalah Bolasepak, Futsal, Bola Tampar, Pingpong, Sumpit, Sepak Raga Ratus, Dam Haji, Congkak dan juga Batu Seremban.
Pertandingan yang telah dirasmikan oleh Peg Mem, Kol Rozwardi bin Che Lamin bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dalam satu pasukan, melahirkan anggota yang bersifat berdaya saing dan membudayakan aktiviti bersukan bagi mengekalkan kecergasan jasmani, mental dan spiritual. Karnival ini telah dimenangi oleh Mk Rejimen dengan membawa pulang Piala Pusingan.
Dalam ucapan Peg Mem mengingatkan semua peringkat peg dan anggota agar sentiasa mengamalkan 'esprit de corps' di dalam setiap penugasan pasukan agar dapat mencapai misi dan objektif yang telah digariskan.
Sumber: 97 RSD