231018
SUNGAI BESI, 17 Okt 23: Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 Peringkat Zon Tengah yang dirasmikan oleh Lt Kol Fazliezawati binti Abdullah, Ketua Bhg Tadbir dan Material IKED di Bilik Sidang SMK Sungai Besi.
Program yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dari SMK Sungai Besi terdiri daripada anak-anak anggota tentera dan awam yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan mengetahui teknik-teknik menjawab soalan SPM. Pengisian program adalah Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang SPM yg disampaikan oleh Lt Kol Rosnita binti Ramlee, PS 1 Psikologi & Kaunseling, CSM dan Lt Kol Zanariyah binti Zahari. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan teknik menjawab soalan SPM bagi subjek Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik oleh Guru Cemerlang.
Turut hadir adalah Kapt Muhammad Hafidz bin Anuwar, Pegawai Pendidikan IKED dan Puan Nor Aidawati binti Mohamed, Kaunselor SMK Sungai Besi.