231012
SUNGAI BESI, 11 Okt 23: Upacara penutup Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan (Dec) Siri 8/23 dilaksanakan dengan satu pertunjukan perbarisan berjalan lalu dan kawad senyap yang diadakan di Padang Kawad Cawangan Rejimental IKED.
Perbarisan Penutup Kursus yang dianggotai oleh 91 penuntut telah disempurnakan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim. Kursus ini dilaksanakan selama 9 minggu bermula 14 Ogos hingga 13 Okt 23 dengan tujuan utama adalah untuk melahirkan seorang pemimpin yang cekap, berwibawa dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas di pasukan kelak.
Dalam upacara, Komandan IKED telah menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada penuntut iaitu Anugerah Skuad Terbaik, dimenangi oleh Skuad Azman, Anugerah Penuntut Akademik Terbaik - Kpl Garry anak Abon dari 71 RSDPMB, Anugerah Penuntut Kawad Terbaik - Sjn Muhamad Muhaimin bin Jidin dari PULMAT, Anugerah Penuntut Mengajar Kawad Terbaik - Kpl Muhamad Zuladha bin Ahmad Zaini dari 10 Skn RAJD (Para) dan Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh SSjn Mohd Zaidi bin Iszahir dari Jabatan Arah KPTD.
Turut hadir adalah Ketua Jurulatih, Lt Kol Samsudin bin Ahmad, pegawai-pegawai, SMR, KSMJ dan barisan jurulatih.
Sumber: IKED