231010
KUALA LUMPUR, 7 Okt 23: Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Rejimen Semboyan Diraja (JKHEW RSD) telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Pusat Bimbingan Remaja Putri Raudhatus Sakinah yang dianjurkan oleh 91 Rejimen Semboyan Diraja.
Program ini disertai oleh 25 orang pegawai dan anggota wanita RSD sekitar Lembah Klang dan turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEW TD) merangkap Penasihat JKHEW RSD, Kolonel Suhaila binti Dahalan serta Pengerusi JKHEW RSD, Leftenan Kolonel Nurul Izzati Susie binti Abdullah.
Antara objektif program adalah bagi meningkatkan hubungan dengan komuniti setempat serta meningkatkan imej Wanita TD amnya dan Wanita RSD khasnya serta sebagai salah satu usaha kebajikan untuk masyarakat dan ummah di samping memberi motivasi dan semangat baru kepada remaja putri di Raudhatus Sakinah di dalam menempuh kehidupan akan datang.
Program telah berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti Pengenalan Wanita di dalam bidang Ketenteraan, Pertandingan Pemasangan Webbing Set dan Pertandingan Memasak Ration Tempur.
Sumber: JKHEW RSD