2310092
SUNGAI BULOH, 6 Okt 23 - Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 97 RSD telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pasukan. Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama semua Ahli BAKAT pasukan yang hadir.
Majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 97 RSD di antara Puan Fadilah binti Saharuddin dengan Puan Hasimah binti Hamidun yang disaksikan oleh Penasihat BAKAT Pasukan iaitu Mej Salahuddin bin Mohamed. Majlis juga disaksikan oleh Kol Rozwardi bin Che Lamin, Peg Memerintah 97 RSD.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Mantan Pengerusi BAKAT 97 RSD dan jamuan ringan bersama semua Ahli BAKAT yang hadir menyaksikan majlis tersebut.
Sumber: 97 RSD