2310091
SUNGAI BULOH, 6 Okt 23: Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bersama Pegawai Memerintah, Kol Rozwardi bin Che Lamin telah dilaksanakan bagi menzahirkan rasa kesyukuran sempena mengambil alih pemerintahan 97 RSD pada 2 Okt 23 yang lalu. Majlis telah diadakan di Surau As Solihin yang dipimpin oleh Guru Agama Pasukan, SSjn Ustaz Zulhafiz bin Muhayadin.
Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha, Bacaan Yasin, Tahlil dan disusuli dengan bacaan doa kesyukuran. Majlis yang melibatkan seramai 4 Peg dan 58 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan sahsiah dan kerohanian semua warga serta merapatkan ukhuwah antara Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Sumber: 97 RSD