SUNGAI BULOH, 6 Okt 23: Sesi Perjumpaan di antara Pegawai Memerintah 97 RSD, Kol Rozwardi bin Che Lamin bersama warga 97 RSD telah dilaksanakan di Garaj Tertutup yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 50 anggota LLP.
Perjumpaan secara rasmi buat julung kalinya ini bersempena dengan Serah Terima Tugas Peg Mem yang telah diadakan pada 2 Okt 23 yang lepas.
Pada akhir perjumpaan, turut diadakan sesi dialog di antara Peg Mem dengan semua peringkat pegawai dan anggota bagi mengetahui permasalahan terutama membabitkan hal-hal kebajikan anggota dan keluarga.
Sumber: 97 RSD