MERSING, 2 Okt 23: Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat telah dilaksanakan di Padang Bola Tampar 21 SS GK yang disempurnakan oleh Ketua Skuadron, Lt Kol Ts. Fandi bin Hamid. Perbarisan ini terdiri daripada seorang pegawai dan 32 LLP yang diketuai oleh Lt Mohamad Rozi bin Razali.
Upacara pemakaian pangkat ini melibatkan seramai 4 anggota telah dinaikkan pangkat Koperal kepada Pangkuan Sarjan. Anggota yang terlibat adalah 1148181 P/Sjn Shafarizam bin Shamsudin, 1153576 P/Sjn Mior Shahril bin Badshah, 1162408 P/Sjn Azli bin Mustapha dan 1177834 P/Sjn Aminur Azhar bin Roslan.
Ketua Skuadron dalam ucapannya telah mengingatkan dan menekankan kepada setiap peringkat anggota agar sentiasa mengekalkan tahap kecergasan anggota 21 SS GK. Selain itu, beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan mengingatkan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kualiti kerja mengikut penugasan masing-masing.
Sumber: 21 SS GK