SUNGAI BULOH, 2 Okt 23: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra telah hadir bagi menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 97 RSD yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 46 anggota LLP bertempat di Padang Kawad 97 RSD, Kem Paya Jaras.
Terdahulu, Ketua Pegawai Semboyan telah menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan dan seterusnya menyaksikan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa di antara Pemangku Pegawai Memerintah, Lt Kol Roslan bin Abdul Rani dan Kol Rozwardi bin Che Lamin sebagai Pegawai Memerintah yang baharu.
Acara diteruskan dengan sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan bersama Ketua Pegawai Semboyan.
Sumber: 97 RSD