2309252
SUNGAI BESI, 22 Sep 23: Seramai 20 Pegawai dan 80 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP dan Penyampaian Sijil APC bertempat di Kelab Sri Pronto, IKED.
Majlis dimulakan dengan kata aluan dari juruacara majlis sebelum diteruskan dengan pemakaian pangkat anggota LLP dan penyampaian Sijil APC 2022 yang telah disempurnakan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim.
Komandan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menerima sijil APC 2022. Beliau berharap agar semua anggota yang terlibat akan terus komited dan mengekalkan mutu disiplin yang tinggi sebagai seorang jurulatih dan anggota tentera.
Selesai majlis tersebut, telah diadakan ujian saringan air kencing oleh 48 CSJ. Seramai 86 penuntut telah terlibat bagi pelaksanaan ujian tersebut. Ujian tersebut adalah untuk memastikan semua penuntut bebas dari penyalahgunaan dadah dan barang terlarang di dalam perkhidmatan.
Sumber: IKED