SETAPAK, 23 Sep 23: Program Jiwa Murni pasukan 12 SSB bersama warga kolej telah melibatkan seramai 1 pegawai dan 14 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) bertempat di Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur. Program ini dilaksanakan bagi mewujudkan kolaborasi dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara orang awam dan tentera.
12 SSB telah mengambil inisiatif melaksanakan program kemasyarakatan melakukan penambahbaikan bangunan seperti mengecat baharu warna bangunan dan pembersihan di sekitar kawasan kolej.
Sumber: 12 SSB