KUALA LUMPUR, 24 Sep 23: Mesyuarat Agung BAKAT 56 RSPT (AW) Tahun 2023 telah dilaksanakan di Bilik Malaysia yang dihadiri seramai 11 ahli BAKAT. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT, Puan Iszuana binti Ismail.
Agenda mesyuarat adalah taklimat pelaporan aktiviti BAKAT Tahun 2023, rancangan aktiviti BAKAT Tahun 2024, dan pelantikan AJK baharu.
Penolong Pegawai Memerintah, Lt Kol Faizal Hamdy bin Hj Hussin turut hadir di dalam mesyuarat tersebut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli BAKAT yang hadir serta kerjasama diberikan dalam segala aktiviti BAKAT yang dirancang.
Acara diakhiri dengan jamuan tengah hari dan sanbutan hari lahir Ahli BAKAT yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September. Pengerusi BAKAT dalam ucapan penutup menzahirkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan bakti sepanjang menjadi sebahagian daripada ahli dan berharap kerjasama dari ahli dalam perlaksanaan aktiviti bagi Tahun 2023.
Sumber: 56 RSPT (AW)