KUALA LUMPUR, 21 Sep 23: Majlis Lafaz Syahadah Saudara Baru anggota 99 RSD iaitu Lafaz Syahadah oleh PW II (YoS) Joshua Salleh telah dilaksanakan di Surau An-Nur, 99 RSD dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brigedier Jeneral Dato’ Ts. T. Azharan bin T. Putra.
Majlis Lafaz Syahadah Saudara Baru ini telah dimulakan dengan tazkirah ringkas serta diikuti dengan lafaz syahadah yang dipimpin oleh Guru Agama Pasukan, SSjn Khalid Izwan bin Resedi. Majlis kemudiannya diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan.
PW II (YoS) Joshua Salleh merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan berasal dari Sri Aman, Sarawak. Beliau mula tertarik dengan Agama Islam sejak setahun yang lepas dan beliau sering mengikuti ceramah berkaitan Agama Islam di laman media sosial.
Ketua Pegawai Semboyan turut memberi nasihat kepada PW II (YoS) Joshua Salleh agar cekal dan mendoakan beliau dipermudahkan urusan dalam mempelajari serta mendalami ilmu Agama Islam di samping menjadi seorang mukmin yang bertakwa.
Sumber: 99 RSD