SUNGAI BESI, 20 Sep 23: Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah melaksanakan pembentangan semakan semula Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) RSD bagi enam kursus IKED dan satu kursus IKEM bertempat di Bilik Malaysia, IKED, Kem Sungai Besi.
Pembentangan ini dihadiri oleh Pengarah Pengurusan Latihan MK PLDTD, Brig Jen Dato' Abu Hasan Assha'ari bin Kamis @ Shaffiee, Ketua Cwg Rancang dan Validasi, Lt Kol Shamsul Annuar bin Musa, Komandan, Kol Jaafar bin Hj Ibrahim, Pengarah Pengurusan Jab RAJD, Kol Mohd Radzi bin Ariffin, Ketua Jurulatih, Ketua Bhg/Cwg IKED dan wakil Jab RSD serta RAJD.
Sumber: IKED