KUALA LUMPUR, 14 Sep 23: Kursus PTTK (Dec) Siri 8/2023 telah menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara penuntut kursus dan Kelab Sri Pronto yang diadakan di Padang Bola Sepak Kem Perdana Sungai Besi.
Acara dimulakan dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim. Pada perlawanan tersebut, Kelab Sri Pronto yang diketuai oleh Komandan telah berjaya mengatasi cabaran tim penuntut kursus PTTK dengan 5 gol tanpa balas.
Aktiviti ini bertujuan untuk menilai tahap kerjasama, inisiatif serta pengurusan logistik penuntut Kursus PTTK (Dec) Siri 8/2023. Pertandingan ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Komandan IKED.
Turut hadir adalah Ketua Jurulatih, para pegawai dan PTTK IKED.
Sumber: IKED