2309082
BANTING, 8 Sep 23: Seramai 24 penuntut Kursus Pegawai Semboyan Rejimen Siri 4/2023 dan 20 penuntut Kursus Pegawai Muda Rejimen Semboyan Siri 34/2023 dari IKED telah melaksanakan Eksesais LANGKAH PETIR Siri 1/2023 pada 6 dan 7 Sep 23 di sekitar kawasan Pulau Carey, Selangor.
Eksesais ini diadakan bagi menguji kemahiran penuntut membaca peta, penggunaan kompas dan protraktor, menguji sifat kepimpinan dan menilai kemahiran dalam mengendalikan peralatan komunikasi.
Seterusnya, satu Program Jiwa Murni (PJM) turut diadakan pada 7 Sep 23 dengan melaksanakan gotong-royong membersihkan persekitaran dan ruang solat Surau Ar-Rahman Sime Darby Pulau Carey. Perlaksanaan PJM ini adalah bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama antara TDM dengan penduduk setempat sekali gus memberi peluang kepada warga TDM memberi khidmat bakti kepada masyarakat serta kesedaran sivik di dalam jati diri warga ATM dan masyarakat setempat.
Eksesais ini diakhiri dengan sesi Ice Breaking pada sebelah malam yang dihadiri oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim.
Sesi Ice Breaking ini bertujuan untuk memperkenalkan penuntut-penuntut kursus kepada jurulatih-jurulatih IKED di samping mengeratkan ukhuwah antara penuntut dan jurulatih. Komandan telah berbesar hati menyampaikan cendera kenangan kepada Encik MD Rapit bin Suman, Pengurus Ladang West Sime Darby yang turut dijemput menghadiri majlis makan tersebut.
Sumber: IKED