SUNGAI BULOH, 7 Sep 23: Seramai 4 Pegawai dan 71 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah 97 RSD Siri 3/2023 bertempat di Padang Kawad Pasukan.
Perbarisan yang diketuai oleh Mej Salahuddin bin Mohamed dimulai dengan nyanyian lagu Rejiman Semboyan Diraja sebelum diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pemangku Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Roslan bin Abdul Rani. Turut diadakan pemakaian pangkat pegawai dan anggota serta penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022.
Dalam ucapan beliau, terlebih dahulu beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan pucuk pimpinan Tentera Darat yang ke-30 baharu. Beliau juga berpesan supaya semua warga 97 RSD sentiasa mempunyai keyakinan diri dan sikap tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan menjalankan amanah yang dipikul.
Sumber: 97 RSD