KEM SEMENGGO, 7 Sep 23: Seramai 5 pegawai dan 53 anggota Lain-lain Pangkat daripada pasukan 72 Rejimen Semboyan Pemerintahan Medan Timur (72 RSPMT) telah berjaya melaksanakan Latihan Abseiling dan Repelling di Menara Abseiling, Kem Semenggo.
Latihan ini telah dilaksanakan selama dua hari berturut iaitu pada 6 dan 7 Sep 23. Latihan ini juga merupakan komponen ke tiga dalam Ujian Kemahiran Tempur (UKT) bagi tujuan membina keyakinan diri yang tinggi dalam kalangan anggota tentera.
Sumber: 72 RSPMT