KOTA SAMARAHAN, 4 Sep 23: Seramai 6 Pegawai dan 63 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah 72 RSPMT Siri 2/2023 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang 72 RSPMT.
Perbarisan yang diketuai oleh Kapt Nadzirul Hanif bin Mohd Nasir dimulai dengan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja sebelum diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Abdul Manap bin Hussain. Turut diadakan semasa perbarisan adalah upacara Pemakaian Pangkat anggota LLP 72 RSPMT dari pangkat Koperal ke pangkat Pemangku Sarjan.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menyeru setiap lapisan warga 72 RSPMT untuk sentiasa menjaga imej, tingkah laku dan juga tahap kecergasan fizikal bagi melakukan tugasan dengan lebih produktif dan efektif serta merealisasikan visi pasukan iaitu untuk menjadi sebuah pasukan yang kredibel.
Usai perbarisan, Pegawai Memerintah turut mempengerusikan Mesyuarat Kebajikan Siri 2/2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang.
Sumber: 72 RSPMT