SUNGAI BESI, 4 Sep 23: Seramai 43 pegawai dan 434 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) terlibat dalam Perbarisan Ajutan Siri 1/2023 bertempat di Padang Kawad Cawangan Rejimental, IKED. Perbarisan ini merupakan salah satu usaha dalam mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) Tentera Darat.
Perbarisan dimulai dengan Tabik Hormat kepada Ajutan IKED, Lt Mohd Afham Aizat bin Mohd Zamani dan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan yang diiringi oleh Ketua Perbarisan iaitu Lt Arif Shazani bin Norhisam.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ajutan IKED, beliau mengingatkan agar warga IKED sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta memberi komitmen dalam semua aspek. Di samping itu, beliau juga memberi penekanan kepada semua anggota agar tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah, arak dan berjudi yang boleh memberi kesan buruk kepada karier masing-masing. Akhir ucapan, beliau mengharapkan semua peringkat anggota agar terus meningkatkan kecemerlangan dan sentiasa menjaga disiplin bagi mendukung visi dan misi IKED.
Perbarisan telah diakhiri dengan bacaan doa dan acara bergambar bersama semua peringkat anggota IKED.
Sumber: IKED