KOTA SAMARAHAN, 1 Sep 23: 72 RSPMT telah melaksanakan Liga Badminton antara skuadron pada 30 Ogos 2023 dan 1 September 2023 di Kompleks Sukan Kem Muara Tuang.
Liga ini melibatkan tiga kumpulan bagi pasukan beregu daripada setiap skuadron dan dua kumpulan untuk badminton perseorangan daripada setiap skuadron.
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat espirit de corp dan juga bagi meningkatkan kecergasan tubuh serta minda warga 72 RSPMT.
Pertandingan ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Pegawai Memerintah 72 RSPMT, Lt Kol Abdul Manap bin Hussain.
Sumber: 72 RSPMT