SUNGAI BULOH, 30 Ogos 23: Seramai 7 pegawai dan 50 anggota terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) bertempat di Padang Kawad 41 Bti RAD, Kem Sungai Buloh.
Lt Kol Ir Ts Azizi bin A. Hadi telah menyerahkan jawatan Pegawai Memerintah kepada Mej Mohammad Ansahari bin Abdul Kudus yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Teknikal 56 RSPT (AW). Upacara Menandatangani Nota Serah Tugas telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T. Azharan bin T. Putra.
Acara diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan di Dewan Jubli Perak PERHEBAT bersama Ketua Pegawai Semboyan.
Lt Kol Ir Ts Azizi bin A. Hadi telah memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW) berkuatkuasa pada 15 September 2020 dan akan bersara pada 31 Ogos 2023.
Sumber: 56 RSPT (AW)