KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos 23: Seramai 2 pegawai dan 63 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 72 Rejimen Semboyan Pemerintahan Medan Timur (72 RSPMT) terlibat dalam Perbarisan Ajutan Siri 2/2023 bertempat di gelanggang Bola Keranjang 72 RSPMT. Perbarisan ini telah diketuai oleh Lt M Muhammad Hakimi bin Hisham.
Ajutan dalam ucapannya mengingatkan agar warga 72 RSPMT sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta saling menghormati dan bekerjasama di antara satu sama lain. Di samping itu, beliau juga mengharapkan semua peringkat anggota perlu mengamalkan sikap ambil tahu, ingat-mengingati dan saling menegur bagi menjaga keharmonian organisasi pasukan.
Perbarisan telah diakhiri dengan bacaan doa dan acara bergambar bersama semua peringkat anggota 72 RSPMT.
Sumber: 72 RSPMT