SUNGAI BESI, 25 OGOS 23: Majlis Penutup Kursus Induksi Pegawai Muda Rejimen Semboyan Diraja 2023 telah disempurnakan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj. Ibrahim. Seramai 14 pegawai muda yang baru sahaja ditauliahkan sebagai pegawai tentera dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengikuti kursus induksi ini.
Pelaksanaan kursus ini merupakan inisiatif yang diambil sebagai persediaan awal kepada Pegawai Muda RSD di mana modul silibus pembelajaran yang didedahkan merangkumi pengetahuan asas mengenai gerak, tadbir dan logistik di peringkat pasukan.
Dalam ucapan Komandan IKED menegaskan bahawa ilmu yang diperolehi di IKED ini dapat digunakan sebaiknya dan para pegawai muda juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebagai seorang pegawai tentera kerana mereka adalah pelapis perwira RSD pada masa akan datang.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah Ketua Bahagian Peperiksaan dan Kurikulum, Ketua Bahagian Tadbir dan Material, Ketua-Ketua Cawangan, Para Pegawai dan SMR IKED.
Sumber: IKED