SUNGAI BESI, 25 OGOS 23: Institut Komunikasi & Elektronik Tentera Darat (IKED) mengadakan Perbarisan Penutup Kursus Jurukomunikasi Kelas 1 Siri 30/2023 yang disempurnakan oleh Ketua Bahagian Tadbir dan Material IKED, Lt Kol Fazliezawati binti Abdullah bertempat di Padang Kawad Induk IKED.
Kursus ini dilaksanakan selama 16 minggu yang melibatkan seramai 100 penuntut daripada seluruh pasukan RSD. Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta kursus mengenai peranan dan tugas Kor RSD. Sig Muhammad Faris Iskandar bin Mohd Isa daripada pasukan 1 RSD telah dipilih sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik dan Penuntut Akademik Terbaik bagi kursus ini.
Sementara itu, Lt Kol Fazliezawati binti Abdullah dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua penuntut atas kejayaan menamatkan kursus dengan jayanya. Beliau juga menegaskan agar semua Penuntut dapat mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan baik.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai, Staf dan Jurulatih IKED.
Sumber: IKED