PORT DICKSON, 26 Ogos 23: Rejimen Semboyan Diraja telah menganjurkan Kejohanan Golf Sumbangsih Tahun 2023 yang diadakan di Port Dickson Golf & Country Club. Kejohanan dwi tahunan ini diserikan lagi dengan keberangkatan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dalam ucapannya mengatakan penganjuran kejohanan golf sumbangsih adalah untuk memperkukuhkan dana Tabung Yayasan Amanah Pelajaran Rejimen Semboyan Diraja dan Tabung Kebajikan Veteran Rejimen Semboyan Diraja. Dana yang diperolehi pada tahun ini bukan hanya daripada rakan-rakan strategik malahan setiap pemain yang menyertai kejohanan ini.
Turut hadir Panglima Latihan TD, Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Jemputan Istana, Pegawai Kanan RSD, pesara RSD dan jemputan rakan industri.
Sumber: Jab RSD