230825
KOTA SAMARAHAN, 23 Ogos 23: 72 Rejimen Semboyan Pemerintahan Medan Timur telah melaksanakan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) Komponen 1 dan Komponen 2 bermula 22 hingga 23 Ogos 23 bertempat di sekitar kawasan Kem Muara Tuang.
UKT ini bertujuan bagi memastikan setiap peringkat anggota pasukan berada dalam keadaan siap siaga selain dapat menguji dan meningkatkan ketahanan mental serta fizikal setiap anggota.
Selain itu, latihan ini juga dapat membina semangat kerjasama dalam kalangan semua peringkat anggota 72 RSPMT.
Sumber: 72 RSPMT