SUNGAI BESI, 23 Ogos 23: Institut Komunikasi & Elektronik Tentera Darat (IKED) telah menerima Lawatan Ulung Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar. Lawatan ulung ini merupakan sebahagian rangka lawatan beliau ke pusat-pusat latihan di bawah pemerintahan sejak mengambil alih tugas sebagai Panglima Latihan Tentera Darat pada 18 Apr 23.
Panglima Latihan TD telah memeriksa Kawalan Suku sebelum bergerak ke Markas Institut bagi sesi perkenalan bersama barisan Pegawai dan PTT Kanan. Aturcara lawatan diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan perkara tadbir, gerak dan logistik yang disampaikan oleh Komandan IKED, Kol Jaafar bin Hj Ibrahim. Acara diteruskan dengan lawatan ke Makmal Alat Uji, Makmal Teknologi Komunikasi dan Elektronik, Makmal CNR, Makmal Connectivity, Makmal Sekyen Set dan seterusnya menyaksikan Demonstrasi Komunikasi.
Seterusnya perjumpaan Panglima bersama barisan pegawai, staf dan jurulatih IKED diikuti Jamuan Makan Tengahari. Aturcara lawatan ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan, penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan pemakaian pangkat pegawai dari Kursus Pegawai Muda Rejimen Semboyan (KPMRS) Siri 34/2023, Leftenan Muda Muhammad Adh Haq Mujahid bin Abu yang dinaikkan pangkat ke Leftenan.
Sumber: IKED