KUALA LUMPUR, 23 Ogos 23: Wisma Perwira RSD telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua Wisma, Lt Kol Ahmad Jamani bin Suman. Mesyuarat turut dihadiri Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra dan Peg Mem Wisma, Kol Rosli bin Maarof serta 60 orang pegawai terdiri dari Ahli Wisma dan Ahli Rejimental yang bertugas di pasukan RSD sekitar Lembah Klang.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Yang DiPertua Wisma Perwira RSD dan diteruskan dengan Ucapan Ketua Pegawai Semboyan. Dalam ucapan KPS telah menzahirkan penghargaan terima kasih ke atas barisan AJK yang memberi komitmen dan kesungguhan di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Wisma Perwira RSD. Beliau turut menyentuh berkenaan pembangunan Wisma Perwira RSD yang kini dalam usaha untuk diselenggara melalui kelulusan kewangan yang telah diperolehi melalui Mesyuarat JK Pembangunan TD.
Mesyuarat diteruskan dengan menyemak maklum balas perkara-perkara berbangkit, pembentangan dari AJK dan usul-usul baharu dari ahli yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan pembentangan Buku Peraturan Wisma oleh Yang DiPertua Wisma dan telah dipersetujui melalui beberapa pindaan.
Seterusnya, acara diteruskan dengan sesi suai kenal 14 Pegawai Muda dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah ditauliahkan ke dalam Kor RSD baru-baru ini.
Sumber: Jab RSD